NILAI – International Congress on Leadership Management, Communication, Counseling, and Religion (ICLEMCCR2024) menghimpunkan empat persidangan antarabangsa iaitu IC-DAIM, ICIMaC, MASEC, dan SIGMA dalam satu platform untuk meneroka perhubungan kepimpinan, pengurusan, komunikasi, kaunseling, dan agama dengan bertemakan ‘Integrating Leadership Management, Communication, Counseling, and Religion in Developing Dynamic and Charismatic Leaders towards the Establishment of Madani Nation,’.
Majlis yang diterajui oleh Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan ini telah dirasmikan oleh Profesor Dato’ Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USIM.
Profesor Dato’ Dr. Muhammad Tauffik dalam ucapannya berkata, dalam landskap global yang terus berkembang pesat hari ini, adalah penting bahawa kita merebut pendekatan holistik terhadap kepimpinan yang melangkaui sempadan tradisional dan pelbagai pandangan daripada bidang pengurusan, komunikasi, kaunseling, dan agama. Dengan menggabungkan sinergi antara semua disiplin ini, kita dapat memupuk pemimpin yang tidak hanya mahir dalam bidang masing-masing, tetapi juga memiliki asas etika yang diperlukan untuk menavigasi landskap sosio-budaya yang kompleks.
Sementara itu, telah berlangsung 4TH International Conference on Islam, Media and Communication 2024 (ICIMaC 2024) yang dihadiri seramai 102 peserta secara hibrid iaitu 75 menyertai dalam talian dan 27 menyertai secara fizikal dan dari pelbagai latar belakang dari seluruh negara.
Bertemakan Communication and digitisation in the Madani Society, manuskrip yang diterima selepas proses kajian akan diterbitkan sama ada di dalam jurnal SCOPUS / ERA / MYCite / yang diindeks / Penerbitan Buku / Prosiding Elektronik.
Persidangan yang dianjurkan ini diharapkan dapat memberi manfaat bukan sahaja untuk pembangunan penyelidikan tetapi juga kepada industri komunikasi dan media, dan masyarakat secara keseluruhan.