Institut Sains Islam (ISI) merupakan Inkubator Penyelidikan yang bersifat unik kerana ia bukan sahaja memfokuskan bidang penyelidikan dan inovasi, malah merupakan antara tulang belakang penganjuran pertandingan rekacipta yang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Jika diamati, ISI turut memainkan peranan dalam membawa agenda USIM bagi menintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli secara menyeluruh merangkumi aspek akademik, perkhidmatan dan pentadbiran.

“Penubuhan ISI merupakan satu langkah terbaik USIM bagi menjalankan agenda memfokuskan kepada integrasi Naqli dan Aqli. Tambahan, kejayaan demi kejayaan telah dicipta oleh pasukan USIM antaranya di British Invention Show (BIS) di London, NRIC, i-INOVA dan PECIPTA saban tahun menunjukkan bahawa budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan pelajar telah mula subur dan mekar di USIM,” ujar Dr. Farhana Sabri, Timbalan Pengarah ISI juga Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP). Ikuti bual bicara yang disediakan untuk butiran lanjut.

S1 Latar belakang dan pengenalan ISI

ISI merupakan pusat rujukan yang berteraskan Sains Islam menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan bakat dan kepakaran yang mampu mentransformasikan manusia sejagat dan negara. Empat (4) unit utama di bawah ISI merangkumi penyelidikan, akademik, perkhidmatan, dan pentadbiran.

ISI turut menawarkan dua program akademik iaitu Doktor Falsafah Sains Islam dan Sarjana Sains Islam. Program akademik ini ditawarkan dalam mode penyelidikan. Matlamat penawaran program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli secara profesional dan seimbang dari segi intelektual, spiritual, emosi, fizikal, dan emosi.

Di antara keunikan ISI adalah dengan penubuhan Kluster, Unit, dan Pusat (KUP) Penyelidikan yang bermula pada 1 September 2017. Sehingga Julai 2019, lapan (8) KUP telah bernaung di bawah ISI seperti berikut:

i) Asean Centre for Research on Drug Abuse (ACREDA) – bertaraf unit
ii) Ibnu Haitham Center for Islamic Technology – bertaraf unit
iii) Green Science technology (GST) – bertaraf unit
iv) Cybersecurity and System (CSS) – b ertaraf unit
v) Unit Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) – bertaraf pusat
vi) Islam and Emerging Technologies (ImET) – bertaraf kluster
vii) Center for Holistic Intelligence (CHI) – bertaraf pusat
viii) Center for Fiqh Forensic and Jurisprudence – bertaraf pusat

Semua KUP penyelidikan ini berbentuk transdisiplin dan mempunyai kekuatan yang tersendiri. Kemajuan setiap KUP ini dinilai menggunakan instrument penilaian HiCoe teras penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi melihat pencapaian penyelidikan dan inovasi, penerbitan, dan jaringan industri.

S2 Science, Technology, Religiosity, Engineering, Arts, & Mathematics (STREAM) dipusatkan di ISI

Bermula pada awal tahun 2017, bidang Science, Technology, Engineering, & Mathematics (STEM) telah diketengahkan sebagai satu agenda negara dan National STEM Movement merupakan jawatankuasa yang terlibat untuk membantu membudayakan STEM dalam kalangan masyarakat umum secara amnya dan pelajar sekolah secara khususnya. Antara agenda National STEM Movement adalah untuk bersama-sama universiti tempatan untuk mewujudkan kepelbagaian aktiviti supaya masyarakat Malaysia mampu membudayakan STEM dan meningkatkan minat pelajar dan golongan muda terhadap STEM.

Umum mengetahui, USIM sebagai sebuah universiti yang berpandukan paduan integrasi ilmu Naqli dan Aqli menjadi teras utama dalam membentuk generasi cemerlang, maka USIM dicadangkan untuk melaksanakan STREAM. Komponen Religiosity dan Arts ditambah dalam ungkapan STEM menjadi STREAM kerana STEM tanpa komponen keagamaan dan diniyyah bagi umat Islam, pasti gagal melahirkan individu yang benar-benar melaksanakan tugas khalifah di muka bumi.

S3 Peranan ISI dalam membina kemajuan STREAM

STREAM di bawah ISI bertanggungjawab dalam mengurus bakat dan latihan berkaitan STREAM dalam kalangan pelajar USIM. Mengurus bakat termasuk mencari bakat dari kalangan pelajar USIM untuk menjadi fasilitator dan pensyarah USIM sebagai mentee dalam Program Mentor-Mentee. Diantara aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Sekretariat STREAM adalah International Conference of Science and Technology Engineering Mathematics, Karnival STREAM@TTJ, Bicara Santai STEM dan sebagainya.

Pelancaran STREAM peringkat Negeri Sembilan oleh YAM Tunku Pro Canselor pada 15 Julai 2017 meliputi Karnival STREAM, Karnival sekolah angkat/kluster USIM dan Young Innovator Challenge (YIC).

Bermula 14 November 2017, sekretariat STREAM telah ditubuhkan dan dijadikan salah satu unit yang bernaung di bawah ISI. Pertambahan seorang pembantu tadbir ditempatkan di ISI berikutan penambahan bidang kuasa ISI dan Sekretariat STREAM telah diketuai oleh Profesor Datin Dr Hajah Sapora Sipon.

Bermula pada awal tahun 2017, bidang STEM telah diketengahkan sebagai satu agenda negara dan National STEM Movement merupakan jawatankuasa yang terlibat untuk membantu membudayakan STEM dalam kalangan masyarakat umum secara amnya dan pelajar sekolah secara khususnya. Antara agenda National STEM Movement adalah untuk bersama-sama universiti tempatan untuk mewujudkan kepelbagaian aktiviti supaya masyarakat Malaysia mampu membudayakan STEM dan meningkatkan minat pelajar dan golongan muda terhadap STEM.

S4 Harapan kepada pembangunan STREAM di USIM

USIM sebagai sebuah universiti yang berpandukan paduan integrasi ilmu Naqli dan Aqli menjadi teras utama dalam membentuk generasi cemerlang. Atas kesepaduan ilmu ini, USIM dicadangkan untuk melaksanakan STREAM. Komponen Religiosity dan Arts ditambah dalam ungkapan STEM menjadi STREAM kerana STEM tanpa komponen keagamaan dan diniyyah bagi umat Islam, pasti gagal melahirkan individu yang benar-benar melaksanakan tugas khalifah di muka bumi.