JAWATAN KOSONG PENTADBIRAN

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA adalah sebuah Universiti Awam yang juga Badan Berkanun Persekutuan di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menawarkan kekosongan jawatan yang berikut:

 
Bil. Jawatan Gred Taraf Penempatan Ringkasan Tugas
1. Pegawai Tadbir N41 Kontrak Kampus Nilai, Negeri Sembilan

Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perancangan pentadbiran jabatan dan pengurusan bajet kewangan jabatan serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan terimaan dan agihan dana/sumbangan wakaf, zakat, infaq, endowmen adalah suatu kelebihan (satu (1) kekosongan).

Pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan akreditasi sementara dan akreditasi penuh sesuatu program pengajian mengikut standard Agensi Kelayakan Malaysia adalah suatu kelebihan (satu (1) kekosongan).

2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 Kontrak Kampus Nilai, Negeri Sembilan

Bertanggungjawab membantu Pegawai Teknologi Maklumat dalam membangunkan sistem pengaturcaraan untuk modul/proses sistem yang diperlukan, menguji sistem dan program yang dibangunkan, membantu pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem, memberi latihan kepada pengguna sistem, membantu penyediaan dokumentasi sistem yang dibangunkan serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Pengetahuan dan pengalaman membangunkan sistem menggunakan platform Laravel dan pangkalan data MSSQL/mySQL adalah suatu kelebihan.

3. Penolong Pegawai Keselamatan KP29 Kontrak Kampus Nilai, Negeri Sembilan Bertanggungjawab memberi khidmat nasihat, memantau dan menguatkuasakan undang-undang, peraturan serta arahan tentang keselamatan perlindungan, sasaran penting dan kawasan tempat larangan untuk mengekal dan mempertingkatkan tahap keselamatan fizikal, dokumen, peribadi, keselamatan perlindungan ICT serta melindungi aset dan rahsia rasmi daripada pelbagai bentuk ancaman keselamatan, mengendalikan latihan dan kursus, menjalankan pemeriksaan keselamatan, menjalankan siasatan terhadap pelanggaran keselamatan dan pembocoran rahsia rasmi serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
4. Penolong Pegawai Tadbir N29 Kontrak Kampus Nilai, Negeri Sembilan

Bertanggungjawab membantu Pegawai Tadbir dalam pengurusan dan pentadbiran jabatan dan pengurusan bajet kewangan jabatan serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Pengetahuan dan pengalaman perihal pengurusan akademik meliputi penjadualan kursus dan peperiksaan, pengurusan personel, pengurusan projek penjanaan kewangan di peringkat jabatan adalah suatu kelebihan (satu (1) kekosongan).

Pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan terimaan dan agihan dana/sumbangan wakaf, zakat, infaq, endowmen adalah suatu kelebihan (satu (1) kekosongan).

5. Juruteknik Komputer FT19 Kontrak Kampus Nilai, Negeri Sembilan

Bertanggungjawab menyelenggara sistem komputer termasuklah penyelenggaraan pencegahan, penyelenggaraan kelengkapan teknologi maklumat dan penyelenggaraan aplikasi perkomputeran serta operasi sistem Universiti dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Kelulusan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2/ Tahap 3 dalam bidang juruteknik komputer atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya adalah suatu keperluan.

6. Pembantu Keselamatan KP19 Kontrak Kampus Nilai, Negeri Sembilan Bertanggungjawab menyelia dan menyelaras tugasan Pengawal Keselamatan Gred KP11 dan KP14, menentukan perjalanan kawalan di semua pintu masuk utama dan pintu masuk semua bangunan dipatuhi termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) serta lokasi lain yang ditetapkan dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
7. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 Kontrak Kampus Nilai, Negeri Sembilan Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan sokongan di peringkat jabatan yang merangkumi perihal perkeranian dan operasi, perkhidmatan kaunter, pelaksanaan program, pengumpulan data dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
8. Pembantu Akauntan W19 Kontrak Kampus Nilai, Negeri Sembilan Bertanggungjawab membantu melaksanakan sistem perakaunan mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan daripada semasa ke semasa.
9. Pemandu Kenderaan H11 Kontrak Kampus Nilai, Negeri Sembilan

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu GDL dan PSV Kelas E daripada Jabatan Pengangkutan Jalan, menjaga kenderaan di bawah kelolaan supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Pengalaman mengendalikan kenderaan yang memerlukan lesen memandu GDL dan PSV Kelas E daripada Jabatan Pengangkutan Jalan adalah suatu kelebihan.

 
 
Syarat Lantikan Butiran Permohonan
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  3. Memiliki kelayakan akademik seperti yang dinyatakan dalam Skim Perkhidmatan;danMemiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  1. Semua permohonan adalah secara dalam talian menerusi hebahan iklan di portal eIRIS USIM https://eirisv2.usim.edu.my/ mulai 15 September 2023 (Khamis).
  2. Setiap permohonan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sejumlah RM10.00 melalui sistem mypayment.
  3. Panduan permohonan dan maklumat terperinci tentang jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
  4. Permohonan yang tidak menerima sebarang maklumbalas selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dikategorikan sebagai tidak berjaya.
  5. Tarikh tutup permohonan : 28 Jun 2023 (Rabu)

Sebarang pertanyaan sila hubungi urus setia di talian 06-798 8113/8125 atau e-mel ke:

norazah@usim.edu.my (Norazah Md Yusup)
noorjannah@usim.edu.my (Noor Jannah Noorzan)
munirah@usim.edu.my (Siti Munirah Mohd Kamizi)