NILAI – Apabila sesuatu bencana berlaku, maklumat yang diperolehi boleh dihantar kepada telefon dengan menyertai gambar bencana tersebut. Kaedah ini sangat pantas kerana serta merta maklumat bencana itu diperolehi. Itulah Informer On Site iaitu satu rekacipta yang berbentuk aplikasi telefon pintar bertujuan memberi pemberitahuan awal dan pelaporan mengenai bencana seperti banjir, jerebu dan tanah runtuh kepada orang awam.

Menurut Ketua Penyelidik projek ini Prof Datin Dr Sapora Sipon, penglibatan komuniti dan orang ramai diperlukan dalam melaporkan sebarang kejadian yang berbentuk bencana dalam bentuk sama ada gambar atau video serta lokasi kejadian. Kaedah ini menyebabkan pelaporan bencana berlaku secara dua hala, pantas dan tepat. Ianya juga mudah dicapai dan menyediakan maklumat yang bermanfaat dalam konteks bencana.

Ahli kumpulan lain adalah Dr Anvar Narzullaev,Dr Zulkifly Mohd Zaki,Dr Khatijah Othman  dan Dr Azuan  Ahmad.

Jelas Dr. Sapora lagi, inovasi Informer On Site adalah hasil dari kajian Long Research Grant Scheme (LRGS) yang bertajuk  “Flood Management Impact Reduction and Relief: Flood Relief Management, A Psychosocial Dynamic Model for Well Being.” (USIM/LRGS(UUM)/FKP/ULUM/34/50112). Inovasi ini dinaiktaraf apabila mendapat geran inovasi dari USIM yang bertajuk “Informer on Site” Disaster Reporting System and Mobile Application (PPP/GPI/FKP/051014/60218)”.

Beberapa artikel jurnal telah dihasilkan berkaitan produk Informer On Site. Antaranya ialah A Prototype Mobile Application for Informing Disaster Complaint – “Informer on Site, International Journal of Interactive Mobile Technologies (iJIM) 10(1):75, 2016. The Impact of “Informer on Site” in Disaster Management, dan International Journal of Interactive Mobile Technologies (iJIM) 11(3):195, 2018.

Aplikasi ini telah memenangi beberapa pertandingan inovasi antaranya adalah pingat emas di  26th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) dan International Conference and exposition on Invention of Institution High Learning (PECIPTA).

 

Ahli Kumpulan:

Prof Datin Dr Sapora Sipon (Ketua Penyelidik)
Dr Anvar Narzullaev
Dr Zulkifly Mohd Zaki
Dr Khatijah Othman
Dr Azuan  Ahmad