INDIA, 29 OKT – Seramai 22 orang pelajar tahun 4 program Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa daripada Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia(USIM)dan seorang pegawai pengiring memperoleh pengalaman yang amat berharga dalam usaha mendekati komuniti Muslim di New Delhi, India.
Program Misi Tautan Mahabbah dan Kebajikan telah diadakan pada 25 – 29 Oktober 2014 yang bertujuan memberi khidmat masyarakat dari aspek sumbangan tenaga, ilmu dan material di benua kecil India seterusnya menjadi mahasiswa yang prihatin dengan kebajikan masyarakat Islam seluruh dunia.Menurut pegawai pengiring yang juga merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang yang mengetuai misi ini , Dr Muhammad Aunurrochim Bin Mas’ad berkata: “ Program ini dapat membuka mata dan minda peserta untuk mencari sesuatu yang tersirat di Negara yang paling ramai penduduknya yang dianggarkan 1.2 billion orang selepas China “
Aktiviti dan pengisian yang dijalankan adalah tertumpu kepada komuniti penduduk islam , masjid-masjid di sekitar New Delhi dan Agra, Madrasah Tahfiz , rumah anak yatim juga Institusi pengajian di sana antaranya penyerahan barangan sumbangan Al-quran daripada penyumbang syarikat Konsortium Waqaf Al-quran dan Wakaf Sejuta Al-Quran dan juga barangan lain seperti sejadah , kain pelikat , telekung dan juga alat tulis . Selain itu juga mengadakan program bersama pelajar sekolah dan sesi dua hala bersama pihak pengurusan disana.
Disamping memberi khidmat masyarakat, peserta juga dapat melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar India seperti Taj Mahal yang merupakan salah satu tujuh keajaiban dunia.Selain itu,kami juga melawat Qutub Minar yang mana merupakan monumen yang dibina oleh sultan pertama Delhi, Qutbuddin Aibak, bersempena kejayaan Islam bertapak di India dan juga dibawa melawat Makam Humayun yang juga merupakan tapak warisan dunia UNESCO.
Sebahagian besar kos misi tersebut telah mendapat tajaan daripada Bank Rakyat yang berbesar hati membiayai program ini bagi memastikan perjalanan misi tersebut berjalan lancar.
”India adalah destinasi yang tepat untuk membuat kebajikan dan menabur bakti kepada masyarakat islam di sana, yang mana penduduk Islam hanya mewakili 13 peratus daripada 1.2 bilion jumlah keseluruhan penduduk India,” kata Aminurrasyid yang merupakan pengarah program misi tersebut.
Disediakan oleh:
Muhammad Azizi Ismail
Setiausaha 1 Misi Tautan Mahabbah & Kebajikan
Dikemaskini oleh :
PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204