NILAI, 13 JAN 2017 – Musim tengkujuh yang melanda kawasan Pantai Timur telah menjejaskan beberapa kawasan kediaman penduduk yang dilanda bencana banjir baru-baru ini. Di pasir puteh kira-kira sebanyak 49 keluarga telah dpindahkan di 3 pusat pemindahan banjir. Mengambil langkah prihatin dan meringankan beban mereka di kawasan Pasir Puteh Kelantan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif segera melalui program Misi Bantuan Pasca Banjir.

seramai 100 sukarelawan sertai misi bantuan banjir ke Kelantan yang terdiri daripada badan-badan uniform pelajar, SMART Team, KREAL, Kelab Wardah, Badan Kebajikan Kakitangan, dan Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) dan Pusat Kesihatan Universiti.

Misi kali ini fokus kepada empat dun antaranya Kampung tok sudin, Dun limbongan dan parlimen pasir putih dengan memberi bantuan rawatan kesihatan dari rumah ke rumah oleh Pusat Kesihatan USIM, sumbangan bahan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak, susu dan tepung dan gotong royong pembersihan tempat awam dan dewan orang ramai.

“Ini merupakan satu usaha dan komitmen berterusan USIM kepada masyarakat tanpa mengambil kira sempadan negeri dan negara. Sebagai sebuah universiti, kecaknaan dan kebersamaan dalam menangani isu yang dihadapi rakyat seperti banjir ini adalah genting  untuk memastikan USIM terus berimpak dan relevan kepada komuniti,” ujar Dato Musa.

Menurutnya lagi, bantuan yang dhulurkan ini seperti suatu ‘tazkirah’ bahawa satu hari nanti warga USIM terutamanya para graduan akan kembali berbakti kepada masyarakat.

Pasukan sukarelawan telah bergerak ke Kelantan pada Jumaat malam (semalam) dan misi bantuan ini dijalankan selama dua hari iaitu pada 14 hingga 15 Jan. Misi ini turut disertai oleh pengurusan universiti yang diketuai oleh Naib Canselor, Prof Dato Dr. Musa Ahmad dan Prof. Dato Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni.

YB Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdan Menteri selaku Timbalan Menteri Mentor USIM akan turut sertai pasukan USIM pada esok (ahad) untuk program bersama mangsa banjir di permatang sungkai dan seligi serta bersama-sama kariah di selising menunaikan solat maghrib dan kuliah di masjid banggol.

 

Disediakan oleh:

Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204