NILAI, 4 Ogos 2023– Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) bersama ALPS Electric Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat multinasional yang berpengalaman 34 tahun dalam pembuatan komponen elektrik dan maklumat hibur (infotainment) automatif.

USIM diwakili oleh Naib Canselor, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani manakala ALPS Electric Malaysia Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusan, Yuko Inoue.

Menyedari pentingnya kolaborasi industri dan akademia dan simbiosisnya, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, USIM dan ALPS menekankan kepentingan untuk bekerjasama kearah melahirkan masyarakat serta pemimpin masa hadapan melalui perancangan dan pelaksanaan pelbagai program bersama.

Dipilih sebagai universiti awam pertama di Malaysia untuk bekerjasama dengan Syarikat besar seperti ALPS, sebagai permulaan kedua-dua organisasi ini bersetuju untuk menyediakan saluran pembelajaran dan latihan berstruktur kepada pelajar yang terpilih mengikuti latihan industri di Syarikat tersebut sebagai pendedahan industri untuk pelajar menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam pekerjaan.

Turut hadir ke majlis ini adalah Ho Kok Chung dan Horishi Kodaira, Pengarah Eksekutif ALPS Electric Malaysia Sdn Bhd, Mohammad ‘Azman Mansor Pengurus Besar ALPS Electric Malaysia Sdn Bhd, Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) USIM Prof. Madya Ir. Dr. Khairi Abdul Rahim serta staf pengurusan ALPS Electric Malaysia Sdn Bhd dan USIM.

 

Disediakan oleh:
Nor Fadzlina Azahari
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan