Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ialah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang unik yang menawarkan program pengajian dalam pelbagai bidang. Ia adalah satu-satunya IPTA yang menawarkan semua program pengajiannya berteraskan kepada pendidikan Islam. Program pengajian USIM diolah untuk melahirkan graduan yang memenuhi keperluan pelbagai industri, mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, menguasai Bahasa Arab dan Inggeris dengan baik, serta memiliki ciri-ciri kemahiran insaniah yang mantap.
Kampusnya yang kondusif menyediakan kemudahan pembelajaran yang lengkap, moden dan terkini. Tenaga pengajar USIM menggabungkan tenaga pengajar tempatan dan antarabangsa, yang mempunyai kelayakan dan pengalaman yang luas, serta pakar dan terkenal dalam bidang masing-masing.
Maklumat lanjut, sila rujuk Maklumat Umum