USIM adalah sebuah universiti yang unik di Malaysia dengan penyampaian ilmu yang mengintegrasikan ilmu Naqli and Aqli
Universiti Sains Islam Malaysia mengaplikasikan pendekatan seimbang antara aspek jasmani dan rohani, bukan sahaja dalam program akademik yang ditawarkan, malah ia juga diterapkan secara menyeluruh di peringkat universiti termasuk pentadbiran dan pengurusan. USIM menerapkan pendekatan holistik ke arah penyampaian ilmu, yang mengintegrasikan ilmu wahyu (Naqli) dan ilmu yang dituntut (Aqli).
Integrasi Ilmu
Pendidikan di USIM adalah berteraskan prinsip asas pengintegrasian ilmu yang diwahyukan (Naqli) dan ilmu yang diperoleh (Aqli), bukan sahaja akan memberikan pemahaman yang lebih komprehensif tentang cabaran global semasa, tetapi juga menawarkan pendekatan alternatif baharu dan penyelesaiannya. Graduan USIM dibentuk dalam falsafah ini, supaya mereka bukan sahaja dapat berfungsi secara profesional dalam bidang masing-masing dengan berkesan, malah bersedia untuk menyumbang dan membuat perubahan kepada masyarakat. USIM komited untuk menjadi cemerlang dalam tiga asas utama program akademik dan penyelidikannya. Asasnya ialah:
- Pengajian Islam, Quran dan Sunnah
- Sains Islam, Teknologi dan Kejuruteraan
- Kesenian Islam, Sains Sosial dan Kemanusiaan
Fakta Utama