NILAI – Seramai 208 orang pimpinan pelajar sekolah yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas telah menjayakan program Kem Kepimpinan Pemimpin Muda Sekolah Kebangsaan Salak yang diadakan di Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pad 8 Jun 2024 baru-baru ini.

Program yang julung kalinya diadakan ini merupakan anjuran bersama  pihak sekolah di bawah Unit Disiplin dan Pengawas, Unit Bimbingan dan Kaunseling (BKK) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Salak dengan kerjasama Chapter Alumni FEM, USIM.

Program kerjasama ini merupakan salah satu usaha pihak Chapter Alumni FEM untuk menterjemahkan keterlibatan alumni dalam aspek libatsama masyarakat & pemindahan ilmu yang berkhidmat di institusi awam dan juga agensi swasta. Usaha sama ini dijayakan melalui inisiatif Puan Nor Diana binti Amiruddin, guru di SK Salak, yang juga merupakan graduan FEM tahun 2007.

Di dalam program ini, Encik Mohammad Noorizzuddin Nooh telah menyampaikan sesi ceramah kepimpinan dan serta taklimat kemasukan ke FEM oleh Dr. Najwa Mohd Najib.

Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh Dr. Mohd Shukor Harun, Pengerusi Persatuan Alumni USIM. Majlis juga diserikan dengan penyampaian Sijil Jalinan dan Jaringan di antara pihak sekolah dan Chapter Alumni serta penyampaian sijil kepada fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa FEM, dan juga sijil kepada semua peserta kem.

Rata-rata pimpinan pelajar dan guru-guru sangat teruja dengan program ni kerana ianya merupakan kem kepimpinan yang pertama dianjurkan di luar sekolah. Program seperti ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan alumni dengan pihak Fakulti dan USIM keseluruhannya serta mendekatkan USIM dengan masyarakat.

 

Sumber:
Dr. Junaidah Abu Seman