Dr. Siti Suriani Othman
Dr. Siti Suriani Othman Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM
Nor Saiful Hafizi Azuwan
Nor Saiful Hafizi AzuwanPelajar Program Pengurusan dengan Pelancongan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM

Pada tahun 2023, kita telah dikejutkan dengan serangan tentera Israel terhadap rakyat Palestin. Tindakan kejam bangsa Israel yang semakin membuat rakyat seluruh dunia marah terutamanya kepada umat islam yang memaksa dan menyerang umat islam di Negara Palestin. Hal ini telah memaksa umat islam untuk menjalankan aktiviti memboikot apa sahaja dari segi produk yang telah dikeluarkan oleh Israel ataupun negara-negara lain yang turut membantu negera mereka dalam menyerang penduduk asal tanah di Negara Palestin. Seperti yang kita tahu “Boikot” dalam kamus dewan edisi keempat mendifinisikan “memboikot adalah enggan berurusan dengan seseorang atau organisasi tersebut, biasanya untuk menyatakan rasa tidak bersetuju atau memaksa individu atau institusi yang berkenaan menerima syarat tertentu, atau memulaukannya. Umat islam terutamanya di Malaysia telah melakukan aktiviti memboikot barangan Israel untuk memberitahu bahawa mereka tidak bersetuju dengan tindakan yang telah dilakukan oleh negara kejam zionis terhadap orang-orang palestin.

Seperti yang kita ketahui, banyak produk atau syarikat besar yang berasal dari negara Israel yang telah membantu secara terang-terangan. Antara syarikat yang besar seperti Dior, Coca Cola, Pepsi, Starbucks dan lain-lain lagi secara tidak langsung telah membantu negara kejam zionis dari cukai yang mereka bayar kepada negara asal mereka. Baru-baru ini ada juga syarikat lain seperti McDonald’s yang terang-terangan membantu dari segi makanan kepada tentera Israel dengan secara percuma. Hal ini telah membuatkan umat islam bertambah marah kepada syarikat tersebut kerana membantu tentera zionis. Umat islam seluruh dunia membuat keputusan untuk memboikot setiap produk atau syarikat yang membantu tentera zionis. Boikot yang berterusan dapat memberikan kesan kejatuhan ekonomi yang sangat ketara kepada Israel. Ini adalah salah satu cara untuk menghantar mesej kepada president Israel untuk menghentikan tindakan mereka yang telah menjejaskan nyawa umat islam Palestin yang tidak bersalah dari serangan peluru udara tentera Israel yang kejam.

Boikot dengan cara yang betul adalah boikot berteraskan ilmu pengetahuan. Dalam mengkaitkan hukum boikot, menurut jabatan mufti negeri Selangor yang telah mengeluarkan kenyataan dari segi perspektif islam, iaitu boikot merupakan salah satu bentuk jihad ekonomi yang diharuskan dalam islam. Namun begitu, umat islam mestilah mengutamakan sikap yang baik dalam memboikot seperti prinsip tabayyun. Tabayyun merupakatan perkataan dari Bahasa Arab yang bermaksud “menthabitkan” atau menyemak asas kebenaran sesuatu berita. Imam al-Syaukani berkata, “Yang dimaksud dengan tabayyun adalah memeriksa dengan teliti dan yang dimaksud dengan tatsabbut adalah berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang dalam terhadap sebuah peristiwa dan kabar yang datang, sampai menjadi jelas dan terang baginya.” (Lihat Fath al-Qadir, 5/65). Kata-kata ini telah menjelaskan bahawa orang ramai yang mahu menurut serta memboikot produk yang membantu tentera Israel mestilah melaksankan boikot dengan akhlak yang baik dan berilmu, bukan hanya memboikot dengan cara terburu-buru tanpa memeriksa hal yang sebenar dan telah menganiaya orang yang tidak sepatunya.

Seperti yang kita tahu, kita juga dikejutkan dengan susulan isu boikot selebriti tanah air yang dikenali sebagai Blockout2024, gerakan ini dijalankan untuk memboikot selebriti yang masih bekerjasam dengan produk yang menyokong kekejaman zionis di bumi Palestin. Hal ini dilakukan oleh sesetengah masyarakat di Malaysia kerana kecewa dengan tindakan segelintir seleberiti tanah air yang tidak rasa bersalah mempromosikan produk yang berkait dengan zionis di aplikasi tiktok mahupun Intagram. Berbalik pada tajuk utama kita, boikot mestilah dijalankan dengan cara berhemah dan bijak dari segi menegur dan mengajar mereka supaya berhenti dalam membantu dan menyokong negara Israel. Akan tetapi ada segelintir natizen yang secara terang memaki hamun mereka. Ini adalah salah satu cara yang tidak benar dalam boikot. Firman Allah SWT “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik”. (An-Nahl 16:125). Iman Syafie juga pernah berkata, “Jika seseorang menegur kesalahanmu secara sembunyi, itu bermakna dia ikhlas dan inginkan kamu menjadi baik, dan jika seseorang menegur kesilapanmu di khalayak ramai, itu bukannya kerana inginkan kamu menjadi baik tetapi dia memalukanmu.” Dalam islam sendiri telah menjelaskan kepada kita cara menegur atau menasihati orang lain, hal ini untuk memastikan orang yang diberi teguran atau nasihat itu tidak merasa malu dan menjadikan teguran itu realiti dan berjaya. Pada pengalaman yang telah menimpa sahabat saya yang dahulunya bekerja di kilang Pepsi, mereka telah di caci maki oleh orang ramai tanpa usul periksa. Hal ini kerana, mereka masih bekerja di sana sedangkan produk Pepsi itu termasuk dalam barangan yang perlu di boikot. Sahabat saya terpaksa kerja di sana kerana pekerjaan di Malaysia mungkin susah untuk di cari.

Walaupun kita tidak dapat berperang bersama dalam membantu negara Palestin berhadapan dengan tentera zionis Israel. Kita boleh menjalankan aktiviti memboikot dengan cara yang betul untuk melemahkan lagi ekonomi Israel untuk memaksa mereka berhenti menyerang rakyat Palestin. Hal ini wajar dilakukan untuk memasti meraka tidak mendapat sumbangan dari mana-mana syarikat yang boleh menolong mereka. Mungkin dengan cara boikot adalah perkara yang sederhana bagi kita, akan tetapi ia bermakna bagi penduduk bumi di Palestin.