NILAI, 13 Mei 2023 – Mengeratkan silaturahim sesama alumni bersama alma mater, Pusat Alumni dan Kerjaya dengan kerjasama Persatuan Alumni Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Majlis Jamuan Aidilfitri 1444H @ Alumni USIM dengan kehadiran hampir seramai 300 orang alumni bersama ahli keluarga dari pelbagai pelusuk negeri dari utara, selatan, timur dan semenanjung.

Pelbagai menu dan juadah tersedia antaranya hidangan Aidilfitri seperti lemang dan rendang, mi kari, mi sup, lontong, laksa serta kambing golek dan sate. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para alumni yang menyumbang juadah dan juga tenaga bagi sama-sama berhimpun meraikan majlis ini. Diharapkan semoga hubungan yang terjalin dapat dimanfaatkan bersama untuk kemajuan Universiti.

Hadir sama ke Jamuan Aidilfitri adalah YB Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Encik Mohd Hariri Mohamad Daud, Ahli LPU (Wakil Alumni), Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Pengerusi Persatuan Alumni, Dr Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin

 

sumber: Pusat Alumni dan Kerjaya

Dikemaskini oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan