NILAI, 27 November 2019 – Seusai Majlis Konvokesyen berlangsung pada jam 12.30 tengahari, akhirnya graduan-graduan melangkah keluar dengan gembiranya meraikan detik-detik bahagia ini bersama keluarga tercinta, sahabat handai atau bersama yang tersayang.

Dalam majlis tersebut tidak sah juga kalau tidak rungkai kisah-kisah menarik yang ingin dikongsikan oleh graduan. Ada yang berkongsikan pengalaman berkahwin semasa belajar, tips pelajar cemerlang, berkongsi cerita duka atau suka. Namun, tidak  disangkal lagi rupanya dalam Fakulti Pengajian Bahasa ada di kalangan pelajarnya mempunyai 3 pasangan kembar yang belajar bersama di USIM.

Nurulaina Bt Ishak, 23 bersama adiknya Nurulaida Bt Ishak, 23 begitu mesra, lemah lembut tuturnya begitulah yang dapat ditafsir sepasang kembar seiras ini. Kini mereka berdua bekerja sebagai ‘cybertrooper sale(team sale) di sebuah syarikat di Sungai Besar, Selangor.

“Gaduh itu memang biasa, tapi keesokan harinya masing-masing baik semula” kata Nurulaina.

“kami duduk serumah semasa di rumah sewa, adakala geram juga tapi senang hati lagi-lagi semasa menyiapkan ‘assigment’, kerana ke mana-mana selalu bersama”ujar Nurulaida lagi. Itulah al-kisah dari kembar yang pertama.

Manakala kembar yang seterusnya , tampak ceria dan begitu terhibur apabila menemuramah adik beradik kembar ini. Nur Laily Bt Rahmat, 23, ” kadang-kadang Dekan dan pensyarah sahaja boleh tertukar nama kami berdua walaupun berbeza kelas ” ketika menemuramah bersama adik atau kembarnya Nur Liyana Bt Rahmat, 23 .

Laily dan juga Liyana juga konklusikan bahawa mereka khususkan ijazah ini buat ibunda dan ayahanda mereka kerana sudah bersusah payah dari segi kewangan, bukan itu sahaja, mereka ini juga saling menyokong sesama sendiri walau apa jua keadaan. Kini dua beradik ini bekerja sebagai guru kafa di Kafa Puncak Jalil, Bandar Kinrara, Selangor.

Benarlah pepatah melayu mengatakan bagai dicincang air takkan putus. Secara konklusinya, hubungan adik-beradik perlulah kita jagai dan kekalkan, kerana keluargalah segalanya buat kita sehingga ke hari ni. Siapalah kita tanpa mereka.

 

Disediakan oleh:
Nusaibah Azhar
StraCommclique
Fakulti Pengajian Bahasa Utama

Dikemaskini oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan